PENDEKATAN YANG DIGUNAKAN


Pendekatan yang telah kami gunakan ialah pendekatan holistik dan digabungjalinkan dengan pendekatan permainan bahasa. Hal ini demikian, ianya bagi mengembangkan potensi pelajar melalui aktiviti belajar sambil bermain. Pelajar akan lebih mengingati apa yang diajar apabila terlibat dengan pembelajaran yang aktif dan berkesan.

       Pendekatan Holistik

Menurut Mahzan Arshad (2003), pendekatan holistik telah diperkenalkan di Malaysia sebagai satu pendekatan pengajaran membaca dalam bahasa Melayu. Pendekatan ini diperkenalkan kerana didapati rakyat Malaysia mempunyai kadar membaca yag tinggi tetapi tidak mempunyai minat membaca. Secara jelasnya, pendekatan ini adalah bertujuan untuk mengembangkan potensi individu dalam suasana pembelajaran yang lebih selesa. Oleh itu, pendekatan ini perlu dilaksanakan di peringkat awal yang melibatkan pelbagai pihak iaitu pelajar,guru,ibu bapa dan masyarakat untuk memperolehi manfaat. Prinsip asas pendekatan ini bukan sahaja mengajar murid untuk menguasai kemahiran membaca tetapi untuk menikmati bahan bacaan mereka.

Pendekatan ini menekankan aspek penghayatan dalam membaca disamping menegaskan aspek mendekod dan memahami bacaan.Selain itu,pendekatan ini menggunakan bahan bacaan autentik.Bahan bacaan autentik  merupakan buku sebenar atau buku yang dihasilkan oleh guru atau murid itu sendiri.Oleh itu,guru perlu membawa buku yang sebenar dalam sesi pembelajaran di dalam kelas yang mempunyai struktur yang lengkap.Hal ini demikian kerana,guru dapat mengelakkan murid daripada bergantung terhadap bahan yang tidak lengkap dan telah diubahsuai dengan keperluan buku tersebut.

       Pendekatan Permainan Bahasa

Pendekatan belajar melalui aktiviti permainan yang disarankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) dalam Husin Fateh Din et. al (2011) ini ialah satu pendekatan terancang dan berstruktur yang memberi peluang kepada murid-murid untuk belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Hal ini disokong oleh Siti Hajar (1996) dalam Husin Fateh Din et. al (2011) dengan menyatakan bahawa permainan bahasa ini merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.


Melalui aktiviti permainan bahasa ini, murid-murid bukan sahaja boleh menguasai kemahiran membaca, malah kemahiran mendengar, lisan dan menulis turut dapat dikuasai secara serentak.  Hal ini menjadikan pembelajaran berpusatkan murid-murid dapat dilakukan, manakala guru dapat bertindak sebagai fasilitator (Husin Fateh Din et. al, 2011). Seterusnya, permainan bahasa ini perlu mempunyai pengisian yang selayaknya di samping sesuai dengan kemahiran yang mahu diajar pada minggu atau hari itu.  Pendek kata, perkara utama yang perlu ditekankan dalam permainan bahasa ini ialah pengisian aktivitinya (Husin Fateh Din et. al, 2011). Hal ini bermakna, setiap guru mestilah memastikan setiap permainan bahasa ini perlu memenuhi objektif silibus pelajaran yang telah ditetapkan supaya keupayaan kognitif murid-murid dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment