Bahan
bantu mengajar adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya
dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah. Bahan bantu mengajar bukan
hanya terhad kepada buku teks, gambar-gambar, papan tulis dan kapur sahaja tetapi ia merangkumi segala
benda yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan semua
pancaindera serta merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh para pelajar.
Bahan pengajaran juga dikenali dengan panggilan media pengajaran. Ianya
boleh menimbulkan rangsangan dan keinginan pelajar untuk mengetahui sesuatu
aspek pengajaran dengan lebih mendalam di samping boleh menjadikan pembelajaran
lebih menarik dan berkesan. Dalam meniti era globalisasi, dunia pendidikan semakin
moden dengan ciptaan, penghasilan dan pemasaran berbagai bahan pengajaran dan
pembelajaran. Keadaan ini telah menyebabkan timbulnya masalah dalam membuat
pemilihan jenis bahan pengajaran yang betul-betul berfaedah, berkesan, cekap
(efisien) dari segi pengajaran dan pembelajaran dan dapat memenuhi matlamat
Falsafah Pendidikan Negara.Bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri
daripada pelbagai jenis iaitu;
- bahan bantu mengajar bukan elektronik
- bahan bantu mengajar elektronik
- bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar.
No comments:
Post a Comment