Tuesday 24 May 2016

Definisi BBM

Bahan bantu mengajar adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah. Bahan bantu mengajar bukan hanya terhad kepada buku teks, gambar-gambar, papan tulis dan  kapur sahaja tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan semua pancaindera serta merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh para pelajar.


Bahan pengajaran juga dikenali dengan panggilan media pengajaran. Ianya boleh menimbulkan rangsangan dan keinginan pelajar untuk mengetahui sesuatu aspek pengajaran dengan lebih mendalam di samping boleh menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Dalam meniti era globalisasi, dunia pendidikan semakin moden dengan ciptaan, penghasilan dan pemasaran berbagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini telah menyebabkan timbulnya masalah dalam membuat pemilihan jenis bahan pengajaran yang betul-betul berfaedah, berkesan, cekap (efisien) dari segi pengajaran dan pembelajaran dan dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Negara.Bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu;

  •  bahan bantu mengajar bukan elektronik 
  •  bahan bantu mengajar elektronik  
  •  bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar. 

No comments:

Post a Comment