JENIS-JENIS BAHAN BANTU MENGAJAR

JENIS-JENIS BAHAN BANTU MENGAJAR

1)      Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik

Bahan pengajaran bukan elektronik adalah bahan pengajaran terawal yang digunakan oleh guru-guru sebelum wujudnya bahan pengajaran elektronik. Walaupun begitu,  fungsinya masih berkesan untuk memudahkan guru menyampaikan pengajarannya.  Antara bahan pengajaran bukan elektronik ialah:

1. Papan hitam atau papan tulis 
2. Buku teks 
3. Papan pemer atau papan buletin 
    - Sumber pengajaran yang produktif 
- Untuk memperkenalkan idea baru, memberi maklumat memberi kefahaman, memperkayakan perbendaharaan kata, merangsang perbincangan, menimbulkan daya kreativiti, membentuk sikap dan nilai serta menambah pengekalan pembelajaran seseorang pelajar.
4. Fail tegak dan bahan bacaan 
- Terdiri daripada bahan-bahan cetak iaitu bahan-bahan bacaan bukan buku seperti majalah, kalender, poskad, surat khabar, risalah atau buletin, poster, sampul hari  pertama, buku panduan, carta, peta dan gambar skrip, kertas kerja dan nota.
5. Gambar 
6. Kad imbasan dan kad cantuman 
- Kad imbasan terdiri daripada kata-kata atau rangkai kata yang diberi makna di belakangnya. 
    - Untuk memperkenalkan perkataan-perkataan baru kepada pelajar 
- Kad cantuman dibentuk dengan menulis perkataan dan rangkai kata di atas kad dan kemudian kad itu dipotong 
- Pelajar diminta mencantumkan semula keratan-keratan kad supaya membentuk  perkataan dan rangkai kata yang dikehendaki.
7. Carta
8. Grafik 
9. Papan pengajaran
- Berguna untuk menunjukkan gambaran sesuatu pelajaran yang mempunyai daya komunikatif dan dapat merangsang dan memotivasikan pelajar untuk terus belajar 
    - Contoh: papan flanel 
- sekeping papan plywood yang dialaskan dengan kain flanel bagi meletakkan gambar-gambar dan kad-kad maklumat 
    - mudah alih dan mudah dibawa 
    - di belakang papan flanel dipasangkan sebatang kayu bersama engsel serta   
      cangkuk penyelak supaya papan ini boleh berdiri
10. Model tiga dimensi 
11. Boneka atau patong 
    - Biasanya berbentuk orang, binatang ataupun tumbuh-tumbuhan 
    - Dibuat daripada kain, kapas, tanah liat dan kertas rendaman 
12. Diorama 
- Satu rekabentuk gabungan bahan-bahan real, patung dan model diletakkan dalam satu susunan kedudukan seperti keadaan  sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan tiga dimensi

2)      Bahan Bantu Mengajar Berbentuk Elektronik

Bahan pengajaran elektronik merujuk kepada media yang menggunakan sumber elektrik. Bahan pengajaran eletronik ini semakin popular digunakan oleh guru kerana ianya mudah dan menarik minat murid. Antara contoh bahan pengajaran elektronik ialah:

1. Overhead Projektor (OHP) 
    - Menggunakn sistem pembalikan cahaya daripada satu sumber cahaya (halogen)
    ke permukaan cermin dan seterusnya membalikkan cahaya tersebut ke skrin 
    - Cahaya yang terlindung akan membentuk imej di atas skrin 
2. Transparensi OHP
3. Pita slaid (filem slaid) 
4. Radio 
5. Televisyen dan VCR (Video Cassete Recorder) 
6. Alat rakaman 
7. Filem tayang atau filem jalur 
8. Komputer

3)      Bahan-Bahan Bercorak Pengalaman Dan Bahan Sebenar Dari Alam Sekitar

1. Bahan-bahan yang bercorak pengalaman adalah seperti lakonan, pantomin, lawatan 
    dan projek pameran 
2. Bahan sebenar daripada alam sekitar atau disebut sebagai ‘realia’ iaitu merupakan
    benda semulajadi. Ia dikelaskan dalam bahan jenis tiga dimensi dan dibahagi
    kepada beberapa kumpulan iaitu: 
        - Benda bukan hidup 
        - Benda buatan 
        - Tumbuh-tumbuhan 
        - Benda hidup 

Dalam tugasan ini, kami menghasilkan satu Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang dikategorikan kepada bahan bantu mengajar bukan elektronik. Hal ini kerana bahan bantu mengajar kami ini tidak menggunakan sumber elektrik seperti Overhead Projektor (OHP), pita slaid (filem slaid), filem tayang atau filem jalur mahupun komputer. Bahan bantu mengajar kami ini dikategikan kepada jenis papan pengajaran. Ianya berfokus kepada gambaran sesuatu pelajaran yang mempunyai daya komunikatif dan dapat merangsang dan memotivasikan pelajar untuk terus belajar. 

Bahan bantu mengajar iaitu pokok ajaib dihasilkan dengan menggunakan polisterin yang dibentukkan menjadi daun. Seterusnya, BBM ini juga menggunakan sebatang kayu bersama engsel serta cangkuk penyelak supaya polisterin tersebut boleh ditegakkan.










No comments:

Post a Comment