KEKURANGAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Sesuatu bahan bantu mengajar bukan sahaja mempunyai kelebihannya yang tersendiri malahan kelemahan juga. Terdapat beberapa kelemahan yang dapat dilihat daripada bahan bantu mengajar yang telah kami hasilkan iaitu Pokok Ajaib.

Antara kelemahan bahan bantu mengajar yang telah kami hasilkan ini adalah ianya kurang kukuh dan tidak bertahan lama. Hal ini kerana kami menghasilkannya dengan menggunakan polisterin, mounting board, dan juga ranting pokok sebenar. Bahan-bahan yang digunakan ini merupakan satu bahan yang tidak mampu untuk bertahan lebih lama. Seperti polisterin tersebut mudah patah jika tersalah pegang. Tambahan pula, ranting yang dilekatkan pada polisterin tersebut tidak mampu ditampung oleh polisterin kerana ianya berat dan kami hanya menggunakan binding tape sahaja untuk melekatkannya pada polisterin. Oleh sebab itu, ianya tidak mampu bertahan lama dan mudah jatuh. 

Sebagai penambahbaikan pada masa akan datang, kami akan menggunakan bahan yang lebih kukuh dan fleksibel seperti menggunakan kad manila, kotak atau papan flanel untuk menggantikan polisterin. 

Namun begitu, kami  berpuas hati kerana bahan yang dihasilkan dapat menarik minat pelajar untuk serta dalam menjalankan aktiviti bersama kami. Hal ini kerana, di setiap ranting akan ada buku cerita yang mempunyai pelbagai cerita ditambah dengan ilustrasi yang menarik. Buku-buku cerita ini kami hasilkan sendiri bermula dari melukis serta mewarna gambar-gambar tersebut tanpa mencetak daripada laman sesawang. 

                

No comments:

Post a Comment