KEBAIKAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Bahan bantu mengajar (BBM) yang telah kami hasilkan ialah ‘pokok ajaib’. Produk ini sesuai bagi pelajar sekolah rendah kerana di pokok tersebut terdapat ranting-ranting yang digantung dengan buku cerita mini.  Releven penggunaan BBM ini ialah ianya dapat menarik minat pelajar untuk membaca dengan penggunaan ilutrasi gambar dan cetakan tulisan yang cantik dengan kepelbagaian warna mengikut perkataan. Sepanjang pameran, kanak-kanak gembira dan teruja dengan BBM kami. Hal ini demikian kerana, pembelajaran yang digunakan berbentuk gamifikasi yang mana kami menyediakan tiga stesen di mana pelajar perlu ke stesen pertama untuk membaling dadu, manakala ke stesen kedua untuk memilih tema bacaan berdasarkan nombor yang pelajar perolehi semasa membaling dadu dan seterusnya ke stesen tiga untuk memilih buku mini yang disukai berdasarkan tema yang diperolehi.

Selain itu, antara kebaikan menggunakan pokok ajaib ini ialah ianya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif di mana melibatkan semua pelajar. Tambahan pula, BBM ini bukan sahaja boleh digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bahkan mata pelajaran lain juga. BBM ini juga fleksibel kerana mudah dikendalikan selain guru boleh menukar topik yang ingin diajar dengan menukar bahan pengajaran pada ranting pokok sahaja. Dengan penggunaan BBM ini juga, guru dapat mengetahui tahap pembacaan pelajar.

No comments:

Post a Comment