Pendekatan yang telah kami gunakan ialah pendekatan holistik dan
digabungjalinkan dengan pendekatan permainan bahasa. Hal ini demikian, ianya
bagi mengembangkan potensi pelajar melalui aktiviti belajar sambil bermain.
Pelajar akan lebih mengingati apa yang diajar apabila terlibat dengan
pembelajaran yang aktif dan berkesan.
Pendekatan Holistik
Menurut Mahzan Arshad (2003), pendekatan holistik telah diperkenalkan di
Malaysia sebagai satu pendekatan pengajaran membaca dalam bahasa Melayu.
Pendekatan ini diperkenalkan kerana didapati rakyat Malaysia mempunyai kadar
membaca yag tinggi tetapi tidak mempunyai minat membaca. Secara jelasnya,
pendekatan ini adalah bertujuan untuk mengembangkan potensi individu dalam
suasana pembelajaran yang lebih selesa. Oleh itu, pendekatan ini perlu
dilaksanakan di peringkat awal yang melibatkan pelbagai pihak iaitu pelajar,guru,ibu
bapa dan masyarakat untuk memperolehi manfaat. Prinsip asas pendekatan ini
bukan sahaja mengajar murid untuk menguasai kemahiran membaca tetapi untuk
menikmati bahan bacaan mereka.
Pendekatan ini menekankan aspek penghayatan dalam membaca disamping
menegaskan aspek mendekod dan memahami bacaan. Selain itu,pendekatan ini
menggunakan bahan bacaan autentik.Bahan bacaan autentik merupakan buku
sebenar atau buku yang dihasilkan oleh guru atau murid itu sendiri. Oleh
itu,guru perlu membawa buku yang sebenar dalam sesi pembelajaran di dalam kelas
yang mempunyai struktur yang lengkap.Hal ini demikian kerana,guru dapat
mengelakkan murid daripada bergantung terhadap bahan yang tidak lengkap dan
telah diubahsuai dengan keperluan buku tersebut.
Pendekatan Permainan Bahasa
Pendekatan belajar melalui aktiviti permainan yang disarankan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum (2003) dalam Husin Fateh Din et. al (2011) ini ialah
satu pendekatan terancang dan berstruktur yang memberi peluang kepada murid-murid
untuk belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Hal ini disokong
oleh Siti Hajar (1996) dalam Husin Fateh Din et. al (2011) dengan menyatakan
bahawa permainan bahasa ini merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa.
Melalui aktiviti permainan bahasa ini, murid-murid bukan sahaja boleh
menguasai kemahiran membaca, malah kemahiran mendengar, lisan dan menulis turut
dapat dikuasai secara serentak. Hal ini menjadikan pembelajaran
berpusatkan murid-murid dapat dilakukan, manakala guru dapat bertindak sebagai
fasilitator (Husin Fateh Din et. al, 2011). Seterusnya, permainan bahasa ini
perlu mempunyai pengisian yang selayaknya di samping sesuai dengan kemahiran
yang mahu diajar pada minggu atau hari itu. Pendek kata, perkara utama
yang perlu ditekankan dalam permainan bahasa ini ialah pengisian aktivitinya
(Husin Fateh Din et. al, 2011). Hal ini bermakna, setiap guru mestilah
memastikan setiap permainan bahasa ini perlu memenuhi objektif silibus
pelajaran yang telah ditetapkan supaya keupayaan kognitif murid-murid dapat
ditingkatkan dari semasa ke semasa.
Secara rumusannya, kami juga telah memberikan beberapa lembaran kepada pelajar dalam mengembangkan penulisan serta perbendaharaan kata mereka dalam subjek Bahasa Melayu. Untuk contoh-contoh yang lebih banyak, boleh rujuk.. Lembaran kerja tahun 1 hingga tahun 6
No comments:
Post a Comment