Tuesday 24 May 2016

Mengenai Kami

BMK 3033 -KETERAMPILAN MEMBACA

Kami merupakan pelajar dari kumpulan G  bagi  kursus keterampilan membaca di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kami terdiri daripada 6 orang ahli yang berlainan semester dan kos. Pensayarah kami ialah Dr. Norul Haida binti Raduzan  
*
*
Pensyarah : DR. Norul Haida binti Raduzan

Ahli-ahli Kumpulan


Norapiza
ISM.Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Wadhuha
ISM.Pendidikan Awal Kanak-Kanak

 Shazatul

ISMP Kesusasteraan Melayu 

Salwa
ISM.Pendidikan Awal Kanak-kanak
Zulaikha
ISM. Teknologi Maklumat

Adiba
ISM.Pendidikan Awal kanak-kanak

Ahli-ahli Kumpulan G1

Definisi BBM

Bahan bantu mengajar adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah. Bahan bantu mengajar bukan hanya terhad kepada buku teks, gambar-gambar, papan tulis dan  kapur sahaja tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan semua pancaindera serta merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh para pelajar.


Bahan pengajaran juga dikenali dengan panggilan media pengajaran. Ianya boleh menimbulkan rangsangan dan keinginan pelajar untuk mengetahui sesuatu aspek pengajaran dengan lebih mendalam di samping boleh menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Dalam meniti era globalisasi, dunia pendidikan semakin moden dengan ciptaan, penghasilan dan pemasaran berbagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini telah menyebabkan timbulnya masalah dalam membuat pemilihan jenis bahan pengajaran yang betul-betul berfaedah, berkesan, cekap (efisien) dari segi pengajaran dan pembelajaran dan dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Negara.Bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu;

  •  bahan bantu mengajar bukan elektronik 
  •  bahan bantu mengajar elektronik  
  •  bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar. 

Jenis-Jenis BBM

JENIS-JENIS BAHAN BANTU MENGAJAR

1)      Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik

Bahan pengajaran bukan elektronik adalah bahan pengajaran terawal yang digunakan oleh guru-guru sebelum wujudnya bahan pengajaran elektronik. Walaupun begitu,  fungsinya masih berkesan untuk memudahkan guru menyampaikan pengajarannya.  Antara bahan pengajaran bukan elektronik ialah:

1. Papan hitam atau papan tulis 
2. Buku teks 
3. Papan pemer atau papan buletin 

  •   Sumber pengajaran yang produktif 
  • Untuk memperkenalkan idea baru, memberi maklumat memberi kefahaman, memperkayakan perbendaharaan kata, merangsang perbincangan, menimbulkan daya kreativiti, membentuk sikap dan nilai serta menambah pengekalan pembelajaran seseorang pelajar.
4. Fail tegak dan bahan bacaan 

  • Terdiri daripada bahan-bahan cetak iaitu bahan-bahan bacaan bukan buku seperti majalah, kalender, poskad, surat khabar, risalah atau buletin, poster, sampul hari  pertama, buku panduan, carta, peta dan gambar skrip, kertas kerja dan nota.
5. Gambar 
6. Kad imbasan dan kad cantuman 

  • Kad imbasan terdiri daripada kata-kata atau rangkai kata yang diberi makna di belakangnya. 
  • Untuk memperkenalkan perkataan-perkataan baru kepada pelajar 
  • Kad cantuman dibentuk dengan menulis perkataan dan rangkai kata di atas kad dan kemudian kad itu dipotong 
  • Pelajar diminta mencantumkan semula keratan-keratan kad supaya membentuk  perkataan dan rangkai kata yang dikehendaki.
7. Carta
8. Grafik 
9. Papan pengajaran

  • Berguna untuk menunjukkan gambaran sesuatu pelajaran yang mempunyai daya komunikatif dan dapat merangsang dan memotivasikan pelajar untuk terus belajar.
  • Contoh: papan flanel 
  • sekeping papan plywood yang dialaskan dengan kain flanel bagi meletakkan gambar-gambar dan kad-kad maklumat mudah alih dan mudah dibawa di belakang papan flanel dipasangkan sebatang kayu bersama engsel serta cangkuk penyelak supaya papan ini boleh berdiri
10. Model tiga dimensi 
11. Boneka atau patung 

  • Biasanya berbentuk orang, binatang ataupun tumbuh-tumbuhan
  • Dibuat daripada kain, kapas, tanah liat dan kertas rendaman 
12. Diorama 

  • Satu reka bentuk gabungan bahan-bahan sebenar, patung dan model diletakkan dalam satu susunan kedudukan seperti keadaan  sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan tiga dimensi

2)      Bahan Bantu Mengajar Berbentuk Elektronik

Bahan pengajaran elektronik merujuk kepada media yang menggunakan sumber elektrik. Bahan pengajaran eletronik ini semakin popular digunakan oleh guru kerana ianya mudah dan menarik minat murid. Antara contoh bahan pengajaran elektronik ialah:

1. Overhead Projektor (OHP) 

  • Menggunakn sistem pembalikan cahaya daripada satu sumber cahaya (halogen) ke permukaan cermin dan seterusnya membalikkan cahaya tersebut ke skrin cahaya yang terlindung akan membentuk imej di atas skrin 
2. Transparensi OHP
3. Pita slaid (filem slaid) 
4. Radio 
5. Televisyen dan VCR (Video Cassete Recorder) 
6. Alat rakaman 
7. Filem tayang atau filem jalur 
8. Komputer

3)      Bahan-Bahan Bercorak Pengalaman Dan Bahan Sebenar Dari Alam Sekitar

1. Bahan-bahan yang bercorak pengalaman adalah seperti lakonan, pantomin, lawatan dan projek pameran 
2. Bahan sebenar daripada alam sekitar atau disebut sebagai ‘realia’ iaitu merupakan benda semulajadi. Ia dikelaskan dalam bahan jenis tiga dimensi dan dibahagi kepada beberapa kumpulan iaitu: 
        - Benda bukan hidup 
        - Benda buatan 
        - Tumbuh-tumbuhan 
        - Benda hidup 

Dalam tugasan ini, kami menghasilkan satu Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang dikategorikan kepada bahan bantu mengajar bukan elektronik. Hal ini kerana bahan bantu mengajar kami ini tidak menggunakan sumber elektrik seperti Overhead Projektor (OHP), pita slaid (filem slaid), filem tayang atau filem jalur mahupun komputer. Bahan bantu mengajar kami ini dikategikan kepada jenis papan pengajaran. Ianya berfokus kepada gambaran sesuatu pelajaran yang mempunyai daya komunikatif dan dapat merangsang dan memotivasikan pelajar untuk terus belajar. 

Bahan bantu mengajar iaitu pokok ajaib dihasilkan dengan menggunakan polisterin yang dibentukkan menjadi daun. Seterusnya, BBM ini juga menggunakan sebatang kayu bersama engsel serta cangkuk penyelak supaya polisterin tersebut boleh ditegakkan.

Kebaikan BBM

Bahan bantu mengajar (BBM) yang telah kami hasilkan ialah ‘pokok ajaib’. Produk ini sesuai bagi pelajar sekolah rendah kerana di pokok tersebut terdapat ranting-ranting yang digantung dengan buku cerita mini.  Releven penggunaan BBM ini ialah ianya dapat menarik minat pelajar untuk membaca dengan penggunaan ilutrasi gambar dan cetakan tulisan yang cantik dengan kepelbagaian warna mengikut perkataan. Sepanjang pameran, kanak-kanak gembira dan teruja dengan BBM kami. Hal ini demikian kerana, pembelajaran yang digunakan berbentuk gamifikasi yang mana kami menyediakan tiga stesen di mana pelajar perlu ke stesen pertama untuk membaling dadu, manakala ke stesen kedua untuk memilih tema bacaan berdasarkan nombor yang pelajar perolehi semasa membaling dadu dan seterusnya ke stesen tiga untuk memilih buku mini yang disukai berdasarkan tema yang diperolehi.

Selain itu, antara kebaikan menggunakan pokok ajaib ini ialah ianya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif di mana melibatkan semua pelajar. Tambahan pula, BBM ini bukan sahaja boleh digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bahkan mata pelajaran lain juga. BBM ini juga fleksibel kerana mudah dikendalikan selain guru boleh menukar topik yang ingin diajar dengan menukar bahan pengajaran pada ranting pokok sahaja. Dengan penggunaan BBM ini juga, guru dapat mengetahui tahap pembacaan pelajar.

Kekurangan BBM

Sesuatu bahan bantu mengajar bukan sahaja mempunyai kelebihannya yang tersendiri malahan kelemahan juga. Terdapat beberapa kelemahan yang dapat dilihat daripada bahan bantu mengajar yang telah kami hasilkan iaitu Pokok Ajaib.

Antara kelemahan bahan bantu mengajar yang telah kami hasilkan ini adalah ianya kurang kukuh dan tidak bertahan lama. Hal ini kerana kami menghasilkannya dengan menggunakan polisterin, mounting board, dan juga ranting pokok sebenar. Bahan-bahan yang digunakan ini merupakan satu bahan yang tidak mampu untuk bertahan lebih lama. Seperti polisterin tersebut mudah patah jika tersalah pegang. Tambahan pula, ranting yang dilekatkan pada polisterin tersebut tidak mampu ditampung oleh polisterin kerana ianya berat dan kami hanya menggunakan binding tape sahaja untuk melekatkannya pada polisterin. Oleh sebab itu, ianya tidak mampu bertahan lama dan mudah jatuh. 

Sebagai penambahbaikan pada masa akan datang, kami akan menggunakan bahan yang lebih kukuh dan fleksibel seperti menggunakan kad manila, kotak atau papan flanel untuk menggantikan polisterin. 


Namun begitu, kami  berpuas hati kerana bahan yang dihasilkan dapat menarik minat pelajar untuk serta dalam menjalankan aktiviti bersama kami. Hal ini kerana, di setiap ranting akan ada buku cerita yang mempunyai pelbagai cerita ditambah dengan ilustrasi yang menarik. Buku-buku cerita ini kami hasilkan sendiri bermula dari melukis serta mewarna gambar-gambar tersebut tanpa mencetak daripada laman sesawang. 

Kepentingan BBM

Dalam sistem pendidikan masa kini, penggunaan bahan dan media dalam pengajaran dan pembelajaran sudah menjadi perkara penting yang mana ianya wajib digunakan setiap kali berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan pengajaran ini merupakan alat bantu mengajar para guru untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dalam pengajaran, murid-murid menerima rangsangan daripada guru melalui pancainderanya. Oleh itu sesuatu  yang dapat didengar dan dilihat adalah lebih baik dan berkesan daripada setakat mendengar sahaja dan sesuatu yang dapat dipegang, dilihat dan didengar adalah lebih berkesan daripada dilihat dan didengar sahaja.
Description: *
Selain itu, penting juga bagi guru untuk menggunakan alat bantuan mengajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah bertujuan menambahkan kelancaran pembelajaran, meningkatkan kefahaman serta meningkatkan perhubungan antara guru dengan pelajar. Penggunaan alat bantu mengajar dapat mempercepatkan proses pemahaman pelajar dan membolehkan guru dan pelajar mengadakan komunikasi yang baik. Isi pengajaran bahasa, iaitu mesej yang hendak disampaikan dapat disalurkan melalui lisan, alat bantu mengajar, dan penulisan.  


Prinsip-prinsip Pemilihan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
Bahan-bahan yang hendak digunakan dalam pengajaran perlu menjalani proses pemilihan yang rapi. Proses ini haruslah dilakukan dengan memberi perhatian terhadap beberapa prinsip asas iaitu :

i)                    Kepentingan Dari Segi Objektif Pengajaran

Dalam sesuatu pengajaran terdapat dua objektif am dan objektif khusus. Objektif am merupakan matlamat yang hendak dicapai dalam jangka masa yang panjang. Sementara objektif khusus ialah matlamat jangka pendek, matlamat selepas sesuatu pengajaran.

Dalam pengajaran Bahasa Melayu, bahan pengajaran yang dipilih mestilah bersesuaian dengan objektif pelajaran. Guru harus dapat memikirkan jenis bahan yang akan digunakan dalam pengajarannya berpandukan objektif khusus. Bahan primer atau sekunder sama-sama berperanan penting dalam mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan.

ii)                  Kepentingan Terhadap Pelajar

Bahan sastera yang telah dipilih perlu disesuaikan supaya menjadi lebih menarik, berkesan, dan bermakna dalam pengajaran Bahasa Melayu. Ia berperanan merangsang dan mencabar pemikiran pelajar untuk bertindak dan mendorong mereka untuk terus maju dalam pelajaran. Rangsangan dan dorongan penting kerana dapat mewujudkan tanggapan pemerolehan, penyimpanan, pengingatan, generalisasi, prestasi dan maklum balas.


Description: *
Minat dan pengetahuan pelajar perlu diambil kira semasa pemilihan bahan pengajaran. Perbezaan umur, kebolehan, perkembangan mental, fizikal, emosi, dan juga latar belakang serta persekitaran pelajar juga perlu dipertimbangkan oleh guru semasa membuat pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran. Kepelbagaian bahan amat diperlukan untuk memperkukuhkan lagi pemahaman pelajar pintar serta membantu pelajar-pelajar yang kurang cerdas memahami sesuatu pelajaran.

 Persekitaran juga merupakan salah satu faktor yang membentuk perangai dan mempengaruhi tingkah laku pelajar seperti berbudi bahasa dan memiliki moral yang baik. Bahan-bahan yang telah dipilih hendaklah bersesuaian dengan keadaan semulajadi pelajar seperti sifat suka bersaing, bermain, dan ingin tahu. Bahan-bahan pengajaran juga hendaklah disesuaikan dengan minat, nilai dan kebolehan pelajar agar hasil pembelajaran mencapai tahap yang dikehendaki.

iii)                Kepentingan Dari Segi Masa
Description: *
Masa merupakan suatu aspek yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Guru bahasa perlu merancang penggunaan masanya denga teliti dan munasabah agar bahan-bahan tersebut dapat memanfaatkan pelajar. Perancangan guru hendaklah berbeza-beza mengikut perkara yang diajarkan atau dirancangkan contohnya objektif yang hendak dicapai ruang yang hendak digunakan, cara pentadbiran, dan kebolehan serta minat para pelajar.


untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di ..BBM dan kepentingannya.

Pendekatan yang digunakan

Pendekatan yang telah kami gunakan ialah pendekatan holistik dan digabungjalinkan dengan pendekatan permainan bahasa. Hal ini demikian, ianya bagi mengembangkan potensi pelajar melalui aktiviti belajar sambil bermain. Pelajar akan lebih mengingati apa yang diajar apabila terlibat dengan pembelajaran yang aktif dan berkesan.

       Pendekatan Holistik

Menurut Mahzan Arshad (2003), pendekatan holistik telah diperkenalkan di Malaysia sebagai satu pendekatan pengajaran membaca dalam bahasa Melayu. Pendekatan ini diperkenalkan kerana didapati rakyat Malaysia mempunyai kadar membaca yag tinggi tetapi tidak mempunyai minat membaca. Secara jelasnya, pendekatan ini adalah bertujuan untuk mengembangkan potensi individu dalam suasana pembelajaran yang lebih selesa. Oleh itu, pendekatan ini perlu dilaksanakan di peringkat awal yang melibatkan pelbagai pihak iaitu pelajar,guru,ibu bapa dan masyarakat untuk memperolehi manfaat. Prinsip asas pendekatan ini bukan sahaja mengajar murid untuk menguasai kemahiran membaca tetapi untuk menikmati bahan bacaan mereka.

Pendekatan ini menekankan aspek penghayatan dalam membaca disamping menegaskan aspek mendekod dan memahami bacaan. Selain itu,pendekatan ini menggunakan bahan bacaan autentik.Bahan bacaan autentik  merupakan buku sebenar atau buku yang dihasilkan oleh guru atau murid itu sendiri. Oleh itu,guru perlu membawa buku yang sebenar dalam sesi pembelajaran di dalam kelas yang mempunyai struktur yang lengkap.Hal ini demikian kerana,guru dapat mengelakkan murid daripada bergantung terhadap bahan yang tidak lengkap dan telah diubahsuai dengan keperluan buku tersebut.

       Pendekatan Permainan Bahasa

Pendekatan belajar melalui aktiviti permainan yang disarankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) dalam Husin Fateh Din et. al (2011) ini ialah satu pendekatan terancang dan berstruktur yang memberi peluang kepada murid-murid untuk belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Hal ini disokong oleh Siti Hajar (1996) dalam Husin Fateh Din et. al (2011) dengan menyatakan bahawa permainan bahasa ini merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.



Melalui aktiviti permainan bahasa ini, murid-murid bukan sahaja boleh menguasai kemahiran membaca, malah kemahiran mendengar, lisan dan menulis turut dapat dikuasai secara serentak.  Hal ini menjadikan pembelajaran berpusatkan murid-murid dapat dilakukan, manakala guru dapat bertindak sebagai fasilitator (Husin Fateh Din et. al, 2011). Seterusnya, permainan bahasa ini perlu mempunyai pengisian yang selayaknya di samping sesuai dengan kemahiran yang mahu diajar pada minggu atau hari itu.  Pendek kata, perkara utama yang perlu ditekankan dalam permainan bahasa ini ialah pengisian aktivitinya (Husin Fateh Din et. al, 2011). Hal ini bermakna, setiap guru mestilah memastikan setiap permainan bahasa ini perlu memenuhi objektif silibus pelajaran yang telah ditetapkan supaya keupayaan kognitif murid-murid dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Secara rumusannya, kami juga telah memberikan beberapa lembaran kepada pelajar dalam mengembangkan penulisan serta perbendaharaan kata mereka dalam subjek Bahasa Melayu. Untuk contoh-contoh yang lebih banyak, boleh rujuk.. 
Lembaran kerja tahun 1 hingga tahun 6